Geran Perniagaan Online Bagi Usahawan Wanita

Tercari-cari jika terdapat geran perniagaan online untuk membina laman web anda?

*Berita terkini Oktober 2013 - Geran ini terbuka kepada lapisan rakyat Malaysia, tidak kira lelaki atau perempuan.

Berita baik bagi semua usahawan khususnya wanita yang ingin membina perniagaan online. Dalam Bajet 2013, kerajaan telah mengumumkan peruntukan RM 50 juta, iaitu sebanyak RM 1,000 geran perniagaan online bagi setiap usahawan untuk membantu mereka dalam membina perniagaan online. Program ini dipanggil GMBO (Get Malaysian Business Online).

Tahun lepas saya terlibat dalam program ini dan saya ingin semua pembaca mengambil peluang ini untuk mendapatkan geran RM 1,000 ini.

Syarat Permohonan Geran Perniagaan Online

  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Paling penting mempunyai syarikat berdaftar, laman web dan nama domain yang mempunyai .my dihujungnya.

Cara Pendaftaran

Layari - http://gmbo.skmm.gov.my/Public/Daftar dan masukkan maklumat yang diperlukan.

Borang GMBO SKMM

Jika ingin maklumat lanjut, sila layari - http://gmbo.skmm.gov.my/plain/faqs.html

Bagaimana Hendak Bina Laman Web Dengan Mudah?

Terdapat beberapa cara yang mudah. Malah hanya akan ambil 2-3 jam. Anda boleh layari beberapa laman web di bawah dan terus boleh mendaftar serta membina laman web. Tidak semestinya perlu canggih atau mengandungi ciri-ciri e-niaga yang lengkap.

  1. Get My Business Online (GMBO) (GMBO tidak aktif lagi)
  2. WordPress.com
  3. Blogger.com
  4. BigCommerce
  5. Lot.my
  6. Shopify.com

Penutup

Setelah mendaftar domain dan membina laman web, boleh terus memohon dengan SKMM untuk diberikan geran RM 1,000. Peluang begitu banyak diberikan serta geran pun disediakan. Gunakan peluang ini untuk membina perniagaan online anda. Jangan tunggu esok, lakukan sekarang.

Dalam minggu-minggu akan datang, kami akan menulis artikel yang mengandungi langkah-langkah bagaimana untuk mendaftar dan membina laman web secara terperinci. Jika memerlukan sebarang pertolongan atau soalan, masukkan komen anda dibawah.

Bahagian Komen

  1. Randall :-

    Hi,

    Saya nak tanya, adakah permohonan saya akan ditolak jikalau baru berdaftar dengan SSM@ROC lebih kurang dalam seminggu?

    Terima Kasih

    • Ganee :-

      Tiada menjadi masalah. Berikut diambil dari laman web SKMM bahagian FAQ.

      Syarat-syarat permohonan:
      Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
      Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
      Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
      Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
      Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
      Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Komen